Pada 7hb - 10hb Ogos 2008, aku telah menyibukkan diri dengan family mertuaku (huhu...) pegi memancing ikang (bak kate orang terengganu) di Taman Negara Terengganu. Perjalanan yang bermula pada pukul 11 malam memakan masa hampir 5 jam dari Kuala Lumpur ke Empangan Tasik Kenyir cukup membuatkan urat kentutku terbelit. Setelah ototku hampir lenguh dan melepasi halangan bunyi-bunyian bayi menangis serta kelibat yang tidak sepatutnya, kami sampai ke pintu masuk Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir pada pukul 5 lebih. Malang berbau tengit, pintu pon belum bukak. Dengan muka cover bengang, kami pakat untuk minum pagi di kampung Kuala Berang. Nasi lemak menjadi sasaran utama plus teh o panas mengelegak. Pukul 7.30 aku ngan 4 orang lagi pegi beli ais sebesar peha gajah untuk dibawa ke tempat kejadian. Pukul 8 kami masuk ke empangan kenyir. Kene register dulu dan bayar RM40 untuk punggah barang kat "jeti".
Dalam pukul 9, setelah memunggah barang makan untuk setahun dan beg-beg, boathouse (color boat tuh cam kedai ekor magnum... hehehe) sampai. Dan kami berlayar dengan rasa kagum dengan keindahan tasik kenyir. Perjalanan dengan boat magnum memakan masa 5 jam untuk sampai ke tempat kejadian iaitu Sg. Cicir.
Barangan keperluan untuk setahun
Boat Magnum yang aku maksudkan
Boat Magnum yang aku maksudkan
Bagi sesetengah orang, perjalanan selama 5 jam memang membosankan, tambahan pula kelajuan boat magnum itu hanyalah sekitar 60-70 km/j (anggaran aku ajerrr... sememangnye sungguh lembab), tetapi yang hairannye, aku tak bley nak tido sepanjang perjalanan tersebut sedangkan dari KL ke Terengganu aku tak tdo-tdo. Ini kerana keindahan air tasik dan panorama indah di sana membuatkan aku leka. Banyak jugak aku snap gambar permandangan di sana. Baru la aku tau yang tasik kenyir ni besarrrrrrrrr sesangat sehinggakan kami sering kali tersasul, "Besarnyaaaa laut ni.... ehhh tasik laaaa...".
Tapi boat Magnum tu nampak sajerr cam umah setinggan, tetapi banyak betul kemudahan di dalamnye. Seperti berada di umah sendiri rasenyer... hehehehe...
Sebelum kami pegi ke Sg. Cicir, kami perlu register dahulu kepada Ranger Hutan di Bewah Caves.
Tapi boat Magnum tu nampak sajerr cam umah setinggan, tetapi banyak betul kemudahan di dalamnye. Seperti berada di umah sendiri rasenyer... hehehehe...
Sebelum kami pegi ke Sg. Cicir, kami perlu register dahulu kepada Ranger Hutan di Bewah Caves.
Saper kate masuk hutan free...
Aktiviti utama di Sg. Cicir adalah memancing. Ramai jugak orang memancing di sana. Dah macam satu festival memancing pulak. Tapi kepada kaki pancing, memang banyak ikan kat sana. Ikan Kelah, Toman, Baung, Haruan, Lampam, Belida, Subarau, macam-macam laaa... Tangkap jer pastu masak. Bukan senang nak makan ikan fresh. Paling puas adalah kami berjaya bawak naik ikan belida dan toman. Bagak besarrrr. Nak makan pon takut... hehehe tp abis jugak... Aktiviti sampingan adalah makan, tido, main terup, sudoku dan mandi sungai. Kepada bukan kaki pancing, trip ini pasti bosan. Macam aku, memang bukan kaki pancing tetapi aku mengisi masa lapang dengan tangkap gambar-gambar. So tak der la bosan sangat. hehehe.
Boathouse di Sg. Cicir
Umpan Cacing
Umpan Buah Kelapa Sawit
Umpan Dedak
Umpan orang yang kelaparan
Ikan pertama tewas
Ikan Lampam
Ikan Belida
Ikan Toman
Kekejaman ke atas Toman
Bersedia untuk disiang
Percutian kali ini amat menarik dan seronok. Aku suka dengan keindahan di sini. Tenang dan tenteram. InsyaAllah, aku akan datang lagi....Umpan Cacing
Umpan Buah Kelapa Sawit
Umpan Dedak
Umpan orang yang kelaparan
Ikan pertama tewas
Ikan Lampam
Ikan Belida
Ikan Toman
Kekejaman ke atas Toman
Bersedia untuk disiang
1 comment:
waaahh best kalo dapat pancing kat situ..sure byk ikan..
Post a Comment