Wednesday, August 27, 2008

Poketku Dirobek

Alkisahnya, terjadilah peristiwa dimana tayar keteku tidak mahu meneruskan hidupnya dengan memecah belahkan dirinya dan berjaya merobek poket kosongku. Ini terjadi semasa aku baru jer balik dari umah awekku malam tadi, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti tong drum kosong yang dipalu-palu, bingit dan berjaya membuatkan hati kecikku gundam gulana. Pastinya keretaku bermasalah. Dalam kepala otak aku adalah membayangkan duit aku terbang melayang selancar layang-layang di taman berhampiran mrr2 Kepong. Mataku pedih hatiku kecai bila menengok tayarku lemah tak bermaya di Shell Greenwood. Dengan pantas, aku mengerah kudratku dan membuatkan urat kentutku tersimpul mati semasa menukar tayar kete dengan tayar spare.


Paginya, selepas menggunakan kuasa veto dengan mengarahkan ila dan ana (dua-dua bukan nama sebenar)pegi ke opis dahulu, aku pegi ke opis lambat kerna aku ingin bershopping tayar kete baru sempena bulan Ramadhan next week. RM 103 melayang pada pagi yang mendung ini, dan aku meneruskan perjalananku ke opis sambil memikirkan masa depanku.

Tayar kete baruku (8 kuasa kancil)

2 comments:

Skapula said...

Musim tayar pecah la ni...tak pun musim tayar mengawan hahahaha...

Razi said...

weiii ... itu rm 103 brend aper.. baru ker second hand baper inci./// aku mau tukar juga...