Keindahan yang tiada tandingan. Salah satu tempat di Malaysia yang ingin aku lawati. Akhirnya tercapai gaks hajat aku datang ke bumi hijau ini pada 4hb - 6hb july 2008. Walaupun tidak menjelajah jauh ke dalam Taman Negara, tetapi cukup la buat mase ini kerana insyaAllah aku akan kembali lagi.
Untuk mengunjungi taman negara, pertama sekali anda perlu mendaftar nama kepada ranger hutan taman negara. RM 1 untuk satu kepala dan RM 5 untuk pengunjung yang membawa camera. Untuk menyeberangi Sg. Kuala Tahan ke taman negara, anda perlu menggunakan penambang yang berharga RM 1 satu kepala.
Destinasi yang kami pergi dahulu adalah ke Lata Berkoh. Kami perlu menaiki bot panjang yang hanya boleh diisi 6 org penumpang (termasuk driver n pembantunya). Harga bot ke lata berkoh adalah RM 120 untuk satu bot. Pemandangan sepanjang perjalanan ke lata berkoh amatlah membuatkan aku insaf dan memuji kekuasaan Allah s.w.t. Amat cantik, menarik dan pastinya the Boommm.
Kami singgah sebentar di Lubuk Tenur untuk memberi ikan kelah makan. Ikan-ikan di sana amatlah besar. Kepada kaki-kaki pancing pasti terliur tengok ikan di sini. Untuk pengetahuan anda, ikan di sini boleh dipancing tetapi anda perlu melepaskan semula ikan ke sungai. Hampir setengah jam kami di lokasi tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke lata berkoh. Perjalanan ke pintu masuk lata berkoh dari lubuk tenur adalah selama 5 minit.
Lata Berkoh adalah sebuah jeram yang airnya amatlah deras. Maka tidak dapatlah kami mandi di situ. Kami perlu turun kembali untuk mencari lokasi strategik untuk bercamping. Tidak jauh dari jeram lata berkoh, kami mandi sewenang-wenangnyer memandangkan tiada pengunjung lain di situ. Seronok gaks kat situ.
Tiba di jeti Sg. Kuala Tahan, kami terus menempah bot untuk "Rapid". Harga bot adalah RM 180 untuk satu bot. Rapid adalah aktiviti di mana kami di bawa melawat sekitar Sg. Kuala Tahan. Aku tak dapat nak amik gambar mase ni sbb abis lenjun kami dibuatnyer. Kami dimandikan air sungai. Selesai aktiviti tersebut, kami pulang dengan dendam pada seorang hamba Allah. Hehehe. Aktiviti malam adalah menyuluh rusa.
No comments:
Post a Comment