
Aku boleh faham jika anda berikan alasan yang munasabah kenapa anda selalu lewat. Alasan munasarawak pun aku tak kisah. Akan tetapi jika alasan atau perbuatan itu diulang 5-6 kali, 1000 kali, maka jangan salahkan aku jika aku bertukar seperti Mona Fendi. Aku tak tahu kenapa aku sering menjadi mangsa menunggu. Dari zaman sekolah sehingga sekarang, aku sentiasa akan jadi Pak Pacak. Tak heran la kalau nak menunggu 1-2 minit, tetapi kalau dah 100 kali menunggu macam tiang bendera macam kat Dataran Merdeka tuh, mana leh tahan.
Kawan-kawan, belajarlah untuk menepati masa. Dalam Islam, Allah swt meletakkan masa sebagai salah satu elemen yang sangat penting sehinggakan Allah bersumpah dengan masa dalam Surah Al-‘Asr “Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Banyak perkara dapat dilakukan dengan baik sekiranya pengurusan masa kita dan organisasi dapat ditangani dengan bijaksana. Ini bukan saja memberi manfaat kepada organisasi tetapi juga dapat berlaku adil kepada ikhwah dan akhawat kita yang amat menjaga waktu dalam kerja-kerja seharian mereka.
Ayat "janji melayu" sering kita dengar bila kawan-kawan kita atau kita sendiri lewat. Ayat tersebut cukup untuk melambangkan bertapa lembabnya melayu dan bertapa tak menepati masanya orang-orang melayu. Ada yang marah dan tidak kurang pula ada yang tersipu-sipu macam siput malu. Seolah-olah bangga dengan title tersebut. Melayu lembab.
Berubahlah kawan-kawan. Masa tidak akan menunggu kita. Hargailah masa kerana tidak mungkin masa yang anda buang itu akan kembali. Tidak mungkin. Sedarlah, anda bukan sahaja buang masa anda sendiri malah anda secara tidak langsung membuang masa kawan-kawan anda. Apa yang lebih menyakitkan, anda mungkin membuat orang marah dengan tindakan anda.
Ini bukan marah, tetapi nasihat buat kawan-kawan dan aku sendiri sebab kengkadang aku juga melakukan kesilapan ini.

Banyak perkara dapat dilakukan dengan baik sekiranya pengurusan masa kita dan organisasi dapat ditangani dengan bijaksana. Ini bukan saja memberi manfaat kepada organisasi tetapi juga dapat berlaku adil kepada ikhwah dan akhawat kita yang amat menjaga waktu dalam kerja-kerja seharian mereka.

Berubahlah kawan-kawan. Masa tidak akan menunggu kita. Hargailah masa kerana tidak mungkin masa yang anda buang itu akan kembali. Tidak mungkin. Sedarlah, anda bukan sahaja buang masa anda sendiri malah anda secara tidak langsung membuang masa kawan-kawan anda. Apa yang lebih menyakitkan, anda mungkin membuat orang marah dengan tindakan anda.
Ini bukan marah, tetapi nasihat buat kawan-kawan dan aku sendiri sebab kengkadang aku juga melakukan kesilapan ini.
1 comment:
kekadang terlewat sbb terlupe..maklum la melayu mudah lupa.
Post a Comment