Tuesday, July 8, 2008

Tabiat Buruk Perokok

Tabiat yang dari dulu aku tak paham. Apa best sangat merokok nih. Apa yang aku nampak hanyalah tabiat makan asap yang diamalkan oleh jin-jin. Kenapa manusia nak ikut tabiat jin? Nak wat cam ner kan. Masing-masing ader prinsip dan pegangan. So nak cakap lebih-lebih pun tak guna. Sbbnye aku tahu, kebanyakkan manusia ni tak makan saman. Lagi orang tegah, lagi itu lah dia nak.

Tapi bagi perokok-perokok, consider skit la orang lain. Kalau nak merokok pon jangan la dok kat public. Aku tau tempat public tuh bukan mak bapak aku yang punyer. Korang mmg leh wat sesuka hati. Name pon tempat public. kan.. kan.. kan.. Tapi korang pon jangan la wat cam tempat mak bapak korang punyer gaks. Timbang rase la skit. Kalau nk mati pon, jangan la nk heret orang lain ikut korang. Tabiat hembus asap kat orang tuh amatlah aku benci. Kengkadang korang leh wat memain pulaks.

Pelik jugak dengan sikap perokok ni. Aku yakin 100% yang diaorg tau yang merokok itu merbahayakan kesihatan. Bodohlah kalau tak tau kan. Kengkadang aku tengok, batuk tak henti-henti tapi masih nak jadi naga. Tabiat buruk yang aku penah tgk, perokok-perokok ni suka sangat la meludah. Siap datang dengan pakej lagi. Satu kilo kahak hijau. Geli betul dibuatnya. Pada perokok yang ada kereta pulak, lepas jer merokok mase driving, suka sangat buang puntung rokok kat luar. Pantang betul aku tengok. Suka mencemarkan alam.

Ada satu kes penah aku tengok, semasa aku pegi kedai Poh Kong beli emas. Ada la satu nenek ngan anaknya datang sama. Dok jauh skit dari tempat aku duduk ngan awek aku. Kemudian datang la satu family. Bapanya perokok dukung anak kecil dan dorang duduk berdekatan dengan nenek tadi. Sesuka jer hisap rokok dalam kedai itu. Nenek kat belakang perokok ni, nak separuh mati nak mencari nafas. Bayangkan anak kecil dia pulak. Kalaulah anak kecil ni boleh bercakap, dah lama bapak dia ni kene maki. Nasib baiklah tokeh kedai Poh Kong nih baik. Dia amik kipas and pasang kat nenek td.

Di kedai-kedai makan selalu sangat ada orang merokok. Perokok ni aku rase bodoh jugak. Papan tanda "Jangan Merokok" merata, tapi dorg syok jer makan asap. Tapi paling bangang adalah pekedai yang taruk sign "Jangan Merokok" kat kedai dorg tapi menyediakan ashtray atas meja makan.

Kat Malaysia ni, ada peraturan supaya perokok-perokok ni dilarang merokok di tempat public, tetapi menyedihkan bila peraturan tidak dikuatkuasa 100%. The only good things kat Singapore bagi aku adalah penduduk dorg tidak merokok di tempat public. Maybe undang-undang mereka pasal rokok ni terlalu ketat. Memang ada orang merokok kat sana, semestinya. Tetapi, not in public la kan. So, agak-agak bilalah masyarakat perokok di Malaysia ini nk ada sivik? filir-fikirkan lah....


3 comments:

Fadh said...

penguatkuasaan lemah sbb tu la bende ni jadik kat mana2..ntah2 org yg sepatutnye amik tindakan tu pun merokok..ape macam?

Razi said...

blah la biff.. aku yg merokok nie terasa siot.... huhuhuhu

kamaLkLique said...

haah.. wlupun aku ex-smoker, tp aku mmg xske dgn org yg sembur asap kat aku :o bau tembakau pn aku leh rasa nak muntah, inikan lak bau asap tepat menusuk lobang idung aku.. :D huhu...